Sunday 19 January 2020


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam perpaduan, salam ABC.


Sudahkah, tuan-tuan dan puan-puan membuat persediaan bagi menghadapi Kejohanan Olahraga MSSD Tampin Kali Ke-51 Bagi Tahun 2020 yang akan diadakan kelak?

Seperti biasa KITA buka lembaran BAHARU setiap tahun dan sukan tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku. Tidak kira masalah kewangan yang KITA sendiri sedia maklum tetapi HAK Para Pelajar dan Murid tidak dapat KITA NAFIKAN.

Sudah menjadi tanggungjawab KITA sebagai GURU merancang dan melaksanakan program-program sukan untuk pelajar KITA.

Dengan itu, saya ingin memaklumkan kepada setiap GURU yang menjadi tunjang kepada sekolah tuan-tuan dan puan-puan, yang menjadi pengurus pasukan atau guru pengiring bahawa KITA akan membuka tirai KEJOHANAN di bawah penyeliaan dan kelolaan SMK Taman Indah, Tampin, PPD Tampin, saya dan rakan-rakan dengan menganjurkan KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD TAMPIN KALI KE-51 BAGI TAHUN 2020 yang akan diadakan pada ketetapan yang berikut :


  Tarikh kejohanan    : 3 Februari 2020 (Isnin) - *Acara lari berpagar dan beberapa acara balapan dan padang yang lain.
  Tempat Kejohanan : SMK Jelai (F), Gemas, Negeri Sembilan.
  Masa Kejohanan    : 7.30 pagi – 5.30 tengah hari


  Tarikh kejohanan    : 4 hingga 6 Februari 2020 (Isnin – Khamis).
  Masa kejohanan     : 7.30 pagi hingga 5.30 petang
   Tempat Kejohanan: Padang Utama, SMK Taman Indah, Tampin, Negeri Sembilan.
                                   
Pada tahun ini menjadi tanggungjawab SMK Taman Indah  selaku Wakil Pengelola Kejohanan dari ZON TAMPIN selepas SMK Dato' Mohd Taha yang mewakili ZON GEMENCHEH menjadi pengelola kejohanan pada tahun 2019 yang lalu. Pada tahun hadapan 2021, bakal menunggu giliran adalah sekolah dari ZON GEMAS iaitu dari SMK JELAI (F), TAMPIN. Begitulah seterusnya mengikut penggiliran menjadi untuk pengelola.

Pada 16 Februari 2020 (Khamis) bertempat di Bilik Komputer SMK Taman Indah telah diadakan Taklimat dan Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi KEJOHANAN OLAHRAGA
 MSSD TAMPIN KALI KE-51 BAGI TAHUN 2020.


UNTUK MAKLUMAN, tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan Buku Peraturan kejohanan pada link di bawah. Hanya perlu klik dan muat turun mengikut langkah seterusnya.








PENDAFTARAN  KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD TAMPIN TAHUN 2020 dilakukan secara atas talian di laman smis.events

Sila gunakan username dan kata laluan yang telah diberikan.





  Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan sistem perisian pendaftaran di smis.events  Perisian pendaftaran yang telah dilengkapkan hendaklah dicetak, disahkan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Tampin pada hari kejohanan. Setiap pengurus peserta  juga dikehendaki menyerahkan  salinan cetakan pendaftaran kad peserta berserta salinan kad pengenalan atau surat beranak yang disahkan oleh pegetua  atau guru besar sekolah dan diserahkan pada hari pertama kejohanan kepada Urusetia. Peserta hendaklah bertanding dalam kategori umur masing-masing. Sila rujuk Lampiran 1  (Rujukan Kod Pendaftaran Peserta)




Jika terdapat sebarang masalah dan kesulitan, bolehlah berhubung terus dengan saya di talian 
012-7416033 atau 06-4415142 atau boleh emel kepada KAMI.

Sekian, terima kasih.

1 comment:

  1. Your Affiliate Money Making Machine is ready -

    And getting it running is as easy as 1...2...3!

    Here are the steps to make it work...

    STEP 1. Tell the system what affiliate products you intend to promote
    STEP 2. Add some PUSH button traffic (it takes JUST 2 minutes)
    STEP 3. Watch the affiliate products system explode your list and sell your affiliate products on it's own!

    Are you ready???

    Click here to activate the system

    ReplyDelete



ANALISA PINGAT MENGIKUT HARI KEJOHANAN MSSD TAMPIN KALI KE-46 TAHUN 2015
HARI L18 P18 L15 P15 L13 P13 L12 P12L10 P10 JUMLAH
PERTAMA 5 3 2 4 3 3 2 12 2 27
KEDUA 4 6 7 5 2 22 2 1 1 32
KETIGA 5 4 3 31 1 2 4 2 1 26
KEEMPAT 3 4 4 41 1 2 1 1 2 23
JUMLAH 17 17 16 167 7 8 8 6 6 108
80 28


ANALISA BILANGAN PENYERTAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN KALI KE-46TAHUN 2015
SEKOLAH / JANTINA SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAHJUMLAH
B18 B15 B13 B12 B10
LELAKI 150 155 82
214 169 770
PEREMPUAN 116 132 75 155134
612
JUMLAH 266 287
157 369
3031382
710 672