Wednesday 4 January 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam perpaduan, salam 1Murid 1Sukan.

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baharu 2017.
Moga tahun ini akan menjadi tahun yang terbaik berbanding tahun-tahun sudah.

Semoga azam tahun ini dapat ditunaikan dan segala hajat KITA akan tercapai dengan izin dari-Nya. Insha-Allah, amin....

Seperti biasa KITA buka lembaran BAHARU setiap tahun dan sukan tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku. Tidak kira masalah kewangan yang KITA sendiri sedia maklum tetapi HAK Para Pelajar dan Murid tidak dapat KITA NAFIKAN.

Sudah menjadi tanggungjawab KITA sebagai GURU merancang dan melaksanakan program-program sukan untuk pelajar KITA.

Dengan itu, saya ingin memaklumkan kepada setiap GURU yang menjadi tunjang kepada sekolah tuan-tuan dan puan-puan, yang menjadi pengurus pasukan atau guru pengiring bahawa KITA akan membuka tirai KEJOHANAN di bawah penyeliaan saya dan rakan-rakan dengan menganjurkan KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2017 yang akan diadakan pada ketetapan yang berikut :


                        Tarikh   : 25 Januari 2017 (Rabu)
                        Masa     : 7.30 pagi sehingga selesai
                       Tempat  : SMK Bukit Rokan, Gemencheh, Negeri Sembilan.

Pada tahun ini menjadi tanggungjawab SMK Bukit Rokan selaku Pengelola Kejohanan untuk ZON GEMENCHEH selepas SMK JELAI (F) yang mewakili ZON GEMAS menjadi pengelola kejohanan pada tahun 2016 yang lalu. Pada tahun hadapan 2017, bakal menunggu giliran adalah sekolah dari ZON TAMPIN. Begitulah seterusnya mengikut penggiliran menjadi pengelola.

Pada hari esok, 5 Januari 2016 bertempat di Bilik Gerakan SMK Bukit Rokan akan diadakan mesyuarat pengurus pasukan bagi KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2017.
Semoga KITA bertemu di sana, diharap tuan-tuan dan puan-puan dapat memandu dengan berhati-hati agar KITA sama-sama selamat pergi ke mesyuarat tersebut dan pulang ke rumah masing-masing.


UNTUK MAKLUMAN, tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan Buku Peraturan kejohanan dan borang pengesahan kesihatan oleh ibu bapa/penjaga bagi tujuan pendaftaran peserta pada link di bawah. Hanya perlu klik dan muat turun mengikut langkah seterusnya.

BUKU PERATURAN MERENTAS DESA 2017

BORANG PENGESAHAN KESIHATAN

BORANG PENDAFTARAN MERENTAS DESA 2017 BOLEH DIDAPATI DI BAHAGIAN PENDAFTARAN SEPERTI DALAM GAMBAR DI BAWAH.





Selepas, mengisi dan melengkapkan borang pendaftaran tersebut, tuan-tuan dan puan-puan hendaklah menghantar kepada Jawatankuasa Balapan dan Padang MSSD Tampin di alamat emel berikut sebelum atau pada 20 Januari 2017 jam 12.00 tengah hari :

( olahragamssdt@gmail.com 

Jika terdapat sebarang masalah dan kesulitan, bolehlah berhubung terus dengan saya di talian 012-7416033 atau 06-4415142 atau boleh emel kepada KAMI.

Sekian, terima kasih.

😊



ANALISA PINGAT MENGIKUT HARI KEJOHANAN MSSD TAMPIN KALI KE-46 TAHUN 2015
HARI L18 P18 L15 P15 L13 P13 L12 P12L10 P10 JUMLAH
PERTAMA 5 3 2 4 3 3 2 12 2 27
KEDUA 4 6 7 5 2 22 2 1 1 32
KETIGA 5 4 3 31 1 2 4 2 1 26
KEEMPAT 3 4 4 41 1 2 1 1 2 23
JUMLAH 17 17 16 167 7 8 8 6 6 108
80 28


ANALISA BILANGAN PENYERTAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN KALI KE-46TAHUN 2015
SEKOLAH / JANTINA SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAHJUMLAH
B18 B15 B13 B12 B10
LELAKI 150 155 82
214 169 770
PEREMPUAN 116 132 75 155134
612
JUMLAH 266 287
157 369
3031382
710 672