Wednesday 24 January 2018

ALHAMDULILLAH SYUKUR KEHADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN IZIN-NYA SELESAI SUDAH KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2018.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya mewakili TENIKAL BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN dan PIHAK PEGELOLA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2018 mengucapkan ribuan TERIMA KASIH dan KAMI memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan, kekhilafan dan keterlanjuran daripada PIHAK KAMI. Sebarang MASALAH dan KESULITAN sebelum, semasa dan selepas kejohanan amatlah kami kesali kerana semua yang baik hanya datang dari Yang Maha Pencipta. KAMI hanya mampu merancang, DIA yang menentukan. Sesungguhnya, ada HIKMAH di sebalik dan pada setiap kejadian yang berlaku. KAMI harap pada masa akan datang dapatlah apa kiranya TUAN-TUAN dan PUAN-PUAN untuk memberi kerjasama yang BAIK kepada KAMI agar KAMI dapat menjalankan, menganjurkan, mengelolakan sebarang kejohanan dengan baik.

TERIMA KASIH yang tak terhingga juga saya selaku PTPS BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN ucapkan kepada TEAM SMK BUKIT JALOR yang diketuai oleh Tuan Pengetua dan dibarisi oleh AJK yang hebat di bawah GPK KK, SU(EN. SYARIF, EN. ARPIZA DAN EN. CHAND) kerana telah GIGIH, PENAT LELAH DAN KOMITED untuk menyediakan trek, merancang, mengelola dan melaksanakan kejohanan pada kali ini. Tidak dilupakan juga kepada semua PEGAWAI yang bertugas secara langsung mahupun tidak langsung.

APA YANG BAIK KITA AMBIL DAN YANG KURANG BAIK ITU AKAN KITA BAIKI PADA MASA AKAN DATANG. INSYA-ALLAH

Sekian, terima kasih.



PTPS BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN 2018



BERJUMPA KITA NANTI DI SMK TUAKU ABDUL RAHMAN SELAKU TUAN RUMAH BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN 2018. DIHARAP TUAN-TUAN, PUAN-PUAN SEBAGAI JURULATIH MAHUPUN PENGURUS PASUKAN DAPATLAH MEMBUAT PERSIAPAN AWAL BAGI MENGHADAPI KEJOHANAN BESAR KITA PADA SETIAP TAHUN. =) 


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN YANG BAKAL MEMBUKA TIRAINYA PADA 5-8 MAC 2018 DI SMK GEMAS, GEMAS, NEGERI SEMBILAN. =)

Sunday 21 January 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam perpaduan, salam 1Murid 1Sukan, Salam Merentas Desa MSSD Tampin 2018.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian. Setakat ini masih ada lagi sekolah yang gagal untuk menghantar borang pendaftaran Merentas Desa MSSD Tampin 2018. Ada juga yang salah hantar borang, borang yang dihantar tidak lengkap, ada yang hantar borang tahun lepas 2017 sedangkan tahun ini dah lama masuk tahun baharu 2018.


TAHUKAH ANDA???
Tuan-tuan/Puan-puan telah menyebabkan :
1. Pihak statistik sukar untuk menjalankan tugas.
a) Kami perlu copy & paste borang pendaftaran yang tuan puan telah hantar ke dalam sistem statistik yang KAMI gunakan. Maka proses itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. MSSD TAMPIN mempunyai 14 buah sekolah menengah yang terdiri daripada 4 pasukan setiap sekolah dan ditambah 2 pasukan dari 39 buah sekolah rendah. Fikirlah sedalam-dalamnya dan sebaik-baiknya.

b)KAMI juga guru biasa yang ada keluarga dan ada tugas utama di sekolah. Tanpa kerjasama yang baik daripada pihak tuan dan puan, maka segala proses akan menjadi sukar dan sulit.

2. Pihak pengelola juga menjadi rumit untuk mencetak dan menyediakan sijil untuk para atlit tuan-tuan dan puan-puan. Data penyertaan amat kami perlukan untuk menyediakan sijil. Jika terlebih mencetak sijil itu sudah jadi pembaziran kepada pihak kami.

3.Perlu diingat bahawa TUGAS KAMI di sini bukan berbayar YE, sebab minta bayaran sumbangan sedikit bagi menampung KOS PENGELOLAAN juga telah menyebabkan tuan dan puan bersuara menyatakan rasa tidak puas hati.Duit yang tuan, puan keluarkan itu duit KERAJAAN juga yang bagi. Keluarkan dan belanjakan, xyah nak jimat-jimat sangat. Kalau xcukup bukan salah kami yang menjalankan aktiviti sebab ini pun atas arahan KPM, JPN dan PPD. Jadi, sila minta duit daripada MEREKA. Nak jalankan aktiviti semua kena guna DUIT.

Yang di atas tu pandai-pandailah, turunkan DUIT bajet segera agar segala kesulitan diatasi dan dapatlah KAMI di bawah jalankan tugas dan aktiviti yang menjadi HAK pelajar. KAMI hanya menjalankan tugas secara sukarela, JIKA KAMI dibayar sudah tentu RAMAI dari kalangan tuan dan puan berebut-rebut nak JOIN jadi TEKNIKAL. TAPI oleh kerana tidak berbayar, maka semua senyap dan tiada yang VOULENTEER nak jadi pegawai atau AJK di bawah KAMI.

4.Bantulah KAMI, KAMI bukan minta WANG ringgit untuk bayar tugas yang kami lakukan tapi KAMI perlukan kerjasama yang baik daripada pihak sekolah.

bersambung.....

Moga tahun ini akan menjadi tahun yang terbaik berbanding tahun-tahun sudah.

Semoga azam tahun ini dapat ditunaikan dan segala hajat KITA akan tercapai dengan izin dari-Nya. Insha-Allah, amin....

Wednesday 17 January 2018

PERHATIAN !!!

Kepada pengurus-pengurus atau jurulatih yang gagal memuat turun bahan-bahan yang saya sediakan adalah disebabkan kekangan internet sekolah yang menyekat anda untuk memuat turun. Saya cadangkan supaya tuan-tuan dan puan-puan menggunakan internet sendiri.

Sekian, terima kasih.

Tuesday 16 January 2018

TREK LALUAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2018

SEKOLAH RENDAH (L12 DAN P12) : 4 KM

SEKOLAH MENENGAH (L15, P15, P18) : 6 KM
 SEKOLAH MENENGAH (L18) : 8 KM




???






TUNGGU....AKAN DIKEMASKINI NANTI. =)

Wednesday 10 January 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam perpaduan, salam 1Murid 1Sukan.

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baharu 2018. Selepas hari ini 11 Januari 2018, 11 hari KITA telah memasuki Tahun Baharu 2018.


Moga tahun ini akan menjadi tahun yang terbaik berbanding tahun-tahun sudah.

Semoga azam tahun ini dapat ditunaikan dan segala hajat KITA akan tercapai dengan izin dari-Nya. Insha-Allah, amin....

Seperti biasa KITA buka lembaran BAHARU setiap tahun dan sukan tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku. Tidak kira masalah kewangan yang KITA sendiri sedia maklum tetapi HAK Para Pelajar dan Murid tidak dapat KITA NAFIKAN.

Sudah menjadi tanggungjawab KITA sebagai GURU merancang dan melaksanakan program-program sukan untuk pelajar KITA.

Dengan itu, saya ingin memaklumkan kepada setiap GURU yang menjadi tunjang kepada sekolah tuan-tuan dan puan-puan, yang menjadi pengurus pasukan atau guru pengiring bahawa KITA akan membuka tirai KEJOHANAN di bawah penyeliaan saya dan rakan-rakan dengan menganjurkan KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2018 yang akan diadakan pada ketetapan yang berikut :


                        Tarikh   : 23 Januari 2018 (SELASA)
                        Masa     : 7.30 pagi sehingga selesai
                       Tempat  : SMK Bukit Jalor (F), Gemencheh, Negeri Sembilan.

Pada tahun ini menjadi tanggungjawab SMK Bukit Jalor (F) selaku Pengelola Kejohanan Merentas Desa MSSD Tampin 2018 selepas SMK BUKIT ROKAN (F) yang  menjadi pengelola kejohanan pada tahun 2017 yang lalu. Pada tahun hadapan 2019, bakal menunggu giliran adalah SMK Jelai(F). Begitulah seterusnya mengikut penggiliran menjadi pengelola.

Pada 16 Januari 2018 bertempat di Bilik Gerakan SMK Bukit Jalor (F) akan diadakan mesyuarat pengurus pasukan bagi KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2018.


Semoga KITA bertemu di sana, diharap tuan-tuan dan puan-puan dapat memandu dengan berhati-hati agar KITA sama-sama selamat pergi ke mesyuarat tersebut dan pulang ke rumah masing-masing.

Pada 18 Januari 2018 akan diadakan percubaan Trek "Try-Run" bagi sekolah-sekolah yang berminat untuk membuat latihan atau percubaan trek.


UNTUK MAKLUMAN, tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan Buku Peraturan kejohanan dan borang pengesahan kesihatan oleh ibu bapa/penjaga bagi tujuan pendaftaran peserta pada link di bawah. Hanya perlu klik dan muat turun mengikut langkah seterusnya.








Selepas, mengisi dan melengkapkan borang pendaftaran tersebut, tuan-tuan dan puan-puan hendaklah menghantar kepada Jawatankuasa Balapan dan Padang MSSD Tampin di alamat emel berikut sebelum atau pada 20 Januari 2018 jam 11.59 malam :

( olahragamssdt@gmail.com 

Jika terdapat sebarang masalah dan kesulitan, bolehlah berhubung terus dengan saya di talian 012-7416033 atau 06-4415142 atau boleh emel kepada KAMI.

Sekian, terima kasih.

😊


ANALISA PINGAT MENGIKUT HARI KEJOHANAN MSSD TAMPIN KALI KE-46 TAHUN 2015
HARI L18 P18 L15 P15 L13 P13 L12 P12L10 P10 JUMLAH
PERTAMA 5 3 2 4 3 3 2 12 2 27
KEDUA 4 6 7 5 2 22 2 1 1 32
KETIGA 5 4 3 31 1 2 4 2 1 26
KEEMPAT 3 4 4 41 1 2 1 1 2 23
JUMLAH 17 17 16 167 7 8 8 6 6 108
80 28


ANALISA BILANGAN PENYERTAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN KALI KE-46TAHUN 2015
SEKOLAH / JANTINA SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAHJUMLAH
B18 B15 B13 B12 B10
LELAKI 150 155 82
214 169 770
PEREMPUAN 116 132 75 155134
612
JUMLAH 266 287
157 369
3031382
710 672