Thursday 23 February 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam perpaduan, salam 1Murid 1Sukan.


Sudahkah, tuan-tuan dan puan-puan membuat persediaan bagi menghadapi Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Tampin yang akan diadakan kelak?

Seperti biasa KITA buka lembaran BAHARU setiap tahun dan sukan tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku. Tidak kira masalah kewangan yang KITA sendiri sedia maklum tetapi HAK Para Pelajar dan Murid tidak dapat KITA NAFIKAN.

Sudah menjadi tanggungjawab KITA sebagai GURU merancang dan melaksanakan program-program sukan untuk pelajar KITA.

Dengan itu, saya ingin memaklumkan kepada setiap GURU yang menjadi tunjang kepada sekolah tuan-tuan dan puan-puan, yang menjadi pengurus pasukan atau guru pengiring bahawa KITA akan membuka tirai KEJOHANAN di bawah penyeliaan saya dan rakan-rakan dengan menganjurkan KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN 2017 yang akan diadakan pada ketetapan yang berikut :


  Tarikh kejohanan    : 3 Mac 2017 (Jumaat) - *Acara lari berpagar sahaja
  Tempat Kejohanan : SMK Jelai (F), Gemas, Negeri Sembilan.
  Masa Kejohanan    : 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
  Tarikh kejohanan    : 6  hingga 8 Mac 2017 (Isnin – Rabu).
  Masa kejohanan     : 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari..
   Tempat Kejohanan: Padang Utama, SMK Tunku Syed Idrus, Tampin, Negeri Sembilan.
                                   Padang SK Tengku Zainun, Tampin, Negeri Sembilan.

Pada tahun ini menjadi tanggungjawab SMK Tunku Besar Tampin(TBS) selaku Pengelola Kejohanan untuk ZON TAMPIN selepas SMK Bukit Jalor (F) yang mewakili ZON GEMENCHEH menjadi pengelola kejohanan pada tahun 2016 yang lalu. Pada tahun hadapan 2017, bakal menunggu giliran adalah sekolah dari ZON GEMAS iaitu dari SMK Tuanku Abdul Rahman (STAR). Begitulah seterusnya mengikut penggiliran menjadi untuk pengelola.

Pada hari esok, 5 Januari 2016 bertempat di Bilik Gerakan SMK Tunku Besar Tampin (TBS)  akan diadakan mesyuarat pengurus pasukan bagi KEJOHANAN 
BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN 2017.
Semoga KITA bertemu di sana, diharap tuan-tuan dan puan-puan dapat memandu dengan berhati-hati agar KITA sama-sama selamat pergi ke mesyuarat tersebut dan pulang ke rumah masing-masing.


UNTUK MAKLUMAN, tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan Buku Peraturan kejohanan pada link di bawah. Hanya perlu klik dan muat turun mengikut langkah seterusnya.

BUKU PERATURAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN 2017


PENDAFTARAN 
BALAPAN DAN PADANG 2017 dilakukan secara atas talian di laman smis.my.
Sila gunakan username dan kata laluan yang telah diberikan.


Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan sistem perisian pendaftaran di smis.my. Perisian pendaftaran yang telah dilengkapkan hendaklah dicetak, disahkan dan diserahkan  kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Tampin pada hari kejohanan.
Setiap pengurus peserta  juga dikehendaki menyerahkan  salinan cetakan pendaftaran kad peserta berserta salinan kad pengenalan atau surat beranak yang disahkan oleh pegetua  atau guru besar sekolah dan diserahkan pada hari pertama kejohanan kepada Urusetia.
 Peserta hendaklah bertanding dalam kategori umur masing-masing. Sila rujuk Lampiran 1 
(Rujukan Kod Pendaftaran Peserta)

Jika terdapat sebarang masalah dan kesulitan, bolehlah berhubung terus dengan saya di talian 

012-7416033 atau 06-4415142 atau boleh emel kepada KAMI.

Sekian, terima kasih.

😊


ANALISA PINGAT MENGIKUT HARI KEJOHANAN MSSD TAMPIN KALI KE-46 TAHUN 2015
HARI L18 P18 L15 P15 L13 P13 L12 P12L10 P10 JUMLAH
PERTAMA 5 3 2 4 3 3 2 12 2 27
KEDUA 4 6 7 5 2 22 2 1 1 32
KETIGA 5 4 3 31 1 2 4 2 1 26
KEEMPAT 3 4 4 41 1 2 1 1 2 23
JUMLAH 17 17 16 167 7 8 8 6 6 108
80 28


ANALISA BILANGAN PENYERTAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN KALI KE-46TAHUN 2015
SEKOLAH / JANTINA SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAHJUMLAH
B18 B15 B13 B12 B10
LELAKI 150 155 82
214 169 770
PEREMPUAN 116 132 75 155134
612
JUMLAH 266 287
157 369
3031382
710 672