Sunday 17 February 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam perpaduan, salam ABC.


Sudahkah, tuan-tuan dan puan-puan membuat persediaan bagi menghadapi Kejohanan Olahraga MSSD Tampin Kali Ke-50 Bagi Tahun 2019 yang akan diadakan kelak?

Seperti biasa KITA buka lembaran BAHARU setiap tahun dan sukan tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku. Tidak kira masalah kewangan yang KITA sendiri sedia maklum tetapi HAK Para Pelajar dan Murid tidak dapat KITA NAFIKAN.

Sudah menjadi tanggungjawab KITA sebagai GURU merancang dan melaksanakan program-program sukan untuk pelajar KITA.

Dengan itu, saya ingin memaklumkan kepada setiap GURU yang menjadi tunjang kepada sekolah tuan-tuan dan puan-puan, yang menjadi pengurus pasukan atau guru pengiring bahawa KITA akan membuka tirai KEJOHANAN di bawah penyeliaan dan kelolaan SMK Dato' Mohd Taha, PPD Tampin, saya dan rakan-rakan dengan menganjurkan KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD TAMPIN KALI KE-50 BAGI TAHUN2019 yang akan diadakan pada ketetapan yang berikut :


  Tarikh kejohanan    : 4 Mac 2019 (Isnin) - *Acara lari berpagar dan beberapa acara balapan dan padang yang lain.
  Tempat Kejohanan : SMK Jelai (F), Gemas, Negeri Sembilan.
  Masa Kejohanan    : 7.30 pagi – 1.30 tengah hari


  Tarikh kejohanan    : 5 hingga 7 Mac 2017 (Isnin – Rabu).
  Masa kejohanan     : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
   Tempat Kejohanan: Padang Utama, SMK Bukit Jalor, Gemencheh, Negeri Sembilan.
                                   
Pada tahun ini menjadi tanggungjawab SMK Dato' Mohd Taha selaku Wakil Pengelola Kejohanan dari ZON GEMENCHEH selepas SMK TUANKU ABDUL RAHMAN yang mewakili ZON GEMAS menjadi pengelola kejohanan pada tahun 2018 yang lalu. Pada tahun hadapan 2020, bakal menunggu giliran adalah sekolah dari ZON TAMPIN iaitu dari SMK TAMAN INDAH, TAMPIN. Begitulah seterusnya mengikut penggiliran menjadi untuk pengelola.

Pada 14 Februari 2019 (Khamis) bertempat di Bilik Gerakan SMK Dato' Mohd Taha telah diadakan Taklimat dan Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi KEJOHANAN OLAHRAGA
 MSSD TAMPIN KALI KE-50 BAGI TAHUN 2019.


UNTUK MAKLUMAN, tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan Buku Peraturan kejohanan pada link di bawah. Hanya perlu klik dan muat turun mengikut langkah seterusnya.

BUKU PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD TAMPIN 2019


ATUR CARA KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD TAMPIN 2019

PENGGUNA SISTEM 2019
PENDAFTARAN 
BALAPAN DAN PADANG 2019 dilakukan secara atas talian di laman smis.events
Sila gunakan username dan kata laluan yang telah diberikan.


  Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan sistem perisian pendaftaran di smis.events  Perisian pendaftaran yang telah dilengkapkan hendaklah dicetak, disahkan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Tampin pada hari kejohanan. Setiap pengurus peserta  juga dikehendaki menyerahkan  salinan cetakan pendaftaran kad peserta berserta salinan kad pengenalan atau surat beranak yang disahkan oleh pegetua  atau guru besar sekolah dan diserahkan pada hari pertama kejohanan kepada Urusetia. Peserta hendaklah bertanding dalam kategori umur masing-masing. Sila rujuk Lampiran 1  (Rujukan Kod Pendaftaran Peserta)

Jika terdapat sebarang masalah dan kesulitan, bolehlah berhubung terus dengan saya di talian 

012-7416033 atau 06-4415142 atau boleh emel kepada KAMI.

Sekian, terima kasih.


ANALISA PINGAT MENGIKUT HARI KEJOHANAN MSSD TAMPIN KALI KE-46 TAHUN 2015
HARI L18 P18 L15 P15 L13 P13 L12 P12L10 P10 JUMLAH
PERTAMA 5 3 2 4 3 3 2 12 2 27
KEDUA 4 6 7 5 2 22 2 1 1 32
KETIGA 5 4 3 31 1 2 4 2 1 26
KEEMPAT 3 4 4 41 1 2 1 1 2 23
JUMLAH 17 17 16 167 7 8 8 6 6 108
80 28


ANALISA BILANGAN PENYERTAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN KALI KE-46TAHUN 2015
SEKOLAH / JANTINA SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAHJUMLAH
B18 B15 B13 B12 B10
LELAKI 150 155 82
214 169 770
PEREMPUAN 116 132 75 155134
612
JUMLAH 266 287
157 369
3031382
710 672