Sunday 21 January 2018


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam perpaduan, salam 1Murid 1Sukan, Salam Merentas Desa MSSD Tampin 2018.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian. Setakat ini masih ada lagi sekolah yang gagal untuk menghantar borang pendaftaran Merentas Desa MSSD Tampin 2018. Ada juga yang salah hantar borang, borang yang dihantar tidak lengkap, ada yang hantar borang tahun lepas 2017 sedangkan tahun ini dah lama masuk tahun baharu 2018.


TAHUKAH ANDA???
Tuan-tuan/Puan-puan telah menyebabkan :
1. Pihak statistik sukar untuk menjalankan tugas.
a) Kami perlu copy & paste borang pendaftaran yang tuan puan telah hantar ke dalam sistem statistik yang KAMI gunakan. Maka proses itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. MSSD TAMPIN mempunyai 14 buah sekolah menengah yang terdiri daripada 4 pasukan setiap sekolah dan ditambah 2 pasukan dari 39 buah sekolah rendah. Fikirlah sedalam-dalamnya dan sebaik-baiknya.

b)KAMI juga guru biasa yang ada keluarga dan ada tugas utama di sekolah. Tanpa kerjasama yang baik daripada pihak tuan dan puan, maka segala proses akan menjadi sukar dan sulit.

2. Pihak pengelola juga menjadi rumit untuk mencetak dan menyediakan sijil untuk para atlit tuan-tuan dan puan-puan. Data penyertaan amat kami perlukan untuk menyediakan sijil. Jika terlebih mencetak sijil itu sudah jadi pembaziran kepada pihak kami.

3.Perlu diingat bahawa TUGAS KAMI di sini bukan berbayar YE, sebab minta bayaran sumbangan sedikit bagi menampung KOS PENGELOLAAN juga telah menyebabkan tuan dan puan bersuara menyatakan rasa tidak puas hati.Duit yang tuan, puan keluarkan itu duit KERAJAAN juga yang bagi. Keluarkan dan belanjakan, xyah nak jimat-jimat sangat. Kalau xcukup bukan salah kami yang menjalankan aktiviti sebab ini pun atas arahan KPM, JPN dan PPD. Jadi, sila minta duit daripada MEREKA. Nak jalankan aktiviti semua kena guna DUIT.

Yang di atas tu pandai-pandailah, turunkan DUIT bajet segera agar segala kesulitan diatasi dan dapatlah KAMI di bawah jalankan tugas dan aktiviti yang menjadi HAK pelajar. KAMI hanya menjalankan tugas secara sukarela, JIKA KAMI dibayar sudah tentu RAMAI dari kalangan tuan dan puan berebut-rebut nak JOIN jadi TEKNIKAL. TAPI oleh kerana tidak berbayar, maka semua senyap dan tiada yang VOULENTEER nak jadi pegawai atau AJK di bawah KAMI.

4.Bantulah KAMI, KAMI bukan minta WANG ringgit untuk bayar tugas yang kami lakukan tapi KAMI perlukan kerjasama yang baik daripada pihak sekolah.

bersambung.....

Moga tahun ini akan menjadi tahun yang terbaik berbanding tahun-tahun sudah.

Semoga azam tahun ini dapat ditunaikan dan segala hajat KITA akan tercapai dengan izin dari-Nya. Insha-Allah, amin....

No comments:

Post a Comment



ANALISA PINGAT MENGIKUT HARI KEJOHANAN MSSD TAMPIN KALI KE-46 TAHUN 2015
HARI L18 P18 L15 P15 L13 P13 L12 P12L10 P10 JUMLAH
PERTAMA 5 3 2 4 3 3 2 12 2 27
KEDUA 4 6 7 5 2 22 2 1 1 32
KETIGA 5 4 3 31 1 2 4 2 1 26
KEEMPAT 3 4 4 41 1 2 1 1 2 23
JUMLAH 17 17 16 167 7 8 8 6 6 108
80 28


ANALISA BILANGAN PENYERTAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN KALI KE-46TAHUN 2015
SEKOLAH / JANTINA SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAHJUMLAH
B18 B15 B13 B12 B10
LELAKI 150 155 82
214 169 770
PEREMPUAN 116 132 75 155134
612
JUMLAH 266 287
157 369
3031382
710 672