Wednesday 2 January 2019

2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Malaysia Baharu, Salam Merentas Desa MSSD Tampin 2019.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian. Setakat ini masih ada lagi sekolah yang gagal untuk menghantar borang pendaftaran Merentas Desa MSSD Tampin 2019. Ada juga yang salah hantar borang, borang yang dihantar tidak lengkap, ada yang hantar borang tahun lepas 2018 sedangkan tahun ini dah lama masuk tahun baharu 2018.

TAHUKAH ANDA???

Tuan-tuan/Puan-puan telah menyebabkan :

1. Pihak statistik sukar untuk menjalankan tugas.
a) Kami perlu copy & paste borang pendaftaran yang tuan puan telah hantar ke dalam sistem statistik yang KAMI gunakan. Maka proses itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. MSSD TAMPIN mempunyai 14 buah sekolah menengah yang terdiri daripada 4 pasukan setiap sekolah dan ditambah 2 pasukan dari 39 buah sekolah rendah. Fikirlah sedalam-dalamnya dan sebaik-baiknya.



b) KAMI juga guru biasa yang ada keluarga dan ada tugas utama di sekolah. Tanpa kerjasama yang baik daripada pihak tuan dan puan, maka segala proses akan menjadi sukar dan sulit.


2. Pihak pengelola juga menjadi rumit untuk mencetak dan menyediakan sijil untuk para atlit tuan-tuan dan puan-puan. Data penyertaan amat kami perlukan untuk menyediakan sijil. Jika terlebih mencetak sijil itu sudah jadi pembaziran kepada pihak kami.


3.Perlu diingat bahawa TUGAS KAMI di sini bukan berbayar YE, sebab minta bayaran sumbangan sedikit bagi menampung KOS PENGELOLAAN juga telah menyebabkan tuan dan puan bersuara menyatakan rasa tidak puas hati.Duit yang tuan, puan keluarkan itu duit KERAJAAN juga yang bagi. Keluarkan dan belanjakan, xyah nak jimat-jimat sangat. Kalau xcukup bukan salah kami yang menjalankan aktiviti sebab ini pun atas arahan KPM, JPN dan PPD. Jadi, sila minta duit daripada MEREKA. Nak jalankan aktiviti semua kena guna DUIT.


Yang di atas tu pandai-pandailah, turunkan DUIT bajet segera agar segala kesulitan diatasi dan dapatlah KAMI di bawah jalankan tugas dan aktiviti yang menjadi HAK pelajar. KAMI hanya menjalankan tugas secara sukarela, JIKA KAMI dibayar sudah tentu RAMAI dari kalangan tuan dan puan berebut-rebut nak JOIN jadi TEKNIKAL. TAPI oleh kerana tidak berbayar, maka semua senyap dan tiada yang VOULENTEER nak jadi pegawai atau AJK di bawah KAMI.


4.Bantulah KAMI, KAMI bukan minta WANG ringgit untuk bayar tugas yang kami lakukan tapi KAMI perlukan kerjasama yang baik daripada pihak sekolah.

Oleh itu tuan dan puan sekalian boleh memuat turun segala bahan yang diperlukan pada kink di bawah yang telah saya sediakan. 

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baharu 2019. Selepas hari ini 2 Januari 2019, 2 hari KITA telah memasuki Tahun Baharu 2019.

Moga tahun ini akan menjadi tahun yang terbaik berbanding tahun-tahun sudah.

Semoga azam tahun ini dapat ditunaikan dan segala hajat KITA akan tercapai dengan izin dari-Nya. Insha-Allah, amin....

Seperti biasa KITA buka lembaran BAHARU setiap tahun dan sukan tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku. Tidak kira masalah kewangan yang KITA sendiri sedia maklum tetapi HAK Para Pelajar dan Murid tidak dapat KITA NAFIKAN.

Sudah menjadi tanggungjawab KITA sebagai GURU merancang dan melaksanakan program-program sukan untuk pelajar KITA.

Dengan itu, saya ingin memaklumkan kepada setiap GURU yang menjadi tunjang kepada sekolah tuan-tuan dan puan-puan, yang menjadi pengurus pasukan atau guru pengiring bahawa KITA akan membuka tirai KEJOHANAN di bawah penyeliaan saya dan rakan-rakan dengan menganjurkan KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2019 yang akan diadakan pada ketetapan yang berikut :


       KETETAPAN JADUAL TRIAL RUN DAN HARI PERTANDINGAN     

Tarikh  dan Hari Trial Run         :        16 Januari 2019  (Rabu)
            Masa                                              :        7.30 pagi        
            Tarikh  dan Hari Pertandingan  :        17 Januari 2019 (Khamis)
            Masa                                              :        7.30 pagi
            Tempat                                           :         SMK Jelai (F), Gemas, Negeri Sembilan.

Pada tahun ini menjadi tanggungjawab 
SMK Jelai(F) selaku Pengelola Kejohanan Merentas Desa MSSD Tampin 2019 selepas SMK Bukit Jalor (F) yang  menjadi pengelola kejohanan pada tahun 2018 yang lalu. Pada tahun hadapan 2020, bakal menunggu giliran adalah SMK BUKIT ROKAN (F) . Begitulah seterusnya mengikut penggiliran menjadi pengelola.

Pada 11 Januari 2019 (Jumaat), jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan 
 SMK Jelai(F) akan diadakan mesyuarat pengurus pasukan bagi KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2019.

** Tunggu surat daripada PPD Tampin =)

Semoga KITA bertemu di sana, diharap tuan-tuan dan puan-puan dapat memandu dengan berhati-hati agar KITA sama-sama selamat pergi ke mesyuarat tersebut dan pulang ke rumah masing-masing.

Pada 16 Januari 2019, jam 7.30 pagi akan diadakan percubaan Trek "Trial-Run" bagi sekolah-sekolah yang berminat untuk membuat latihan atau percubaan trek.


UNTUK MAKLUMAN, tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan Buku Peraturan kejohanan dan borang pengesahan kesihatan oleh ibu bapa/penjaga bagi tujuan pendaftaran peserta pada link di bawah. Hanya perlu klik dan muat turun mengikut langkah seterusnya.







* Sila pastikan tuan dan puan gunakan internet yang baik. Kalau internet YES sekolah tidak membenarkan tuan dan puan download..sila guna internet sendiri!!!

Selepas, mengisi dan melengkapkan borang pendaftaran tersebut, tuan-tuan dan puan-puan hendaklah menghantar kepada Jawatankuasa Balapan dan Padang MSSD Tampin di alamat emel berikut sebelum atau pada 12 Januari 2019 jam 11.59 malam :

( olahragamssdt@gmail.com 

Jika terdapat sebarang masalah dan kesulitan, bolehlah berhubung terus dengan saya di talian 012-7416033 atau 06-4415142 atau boleh emel kepada KAMI.

Sekian, terima kasih.

😊 Moga segala perkongsian di sini memberi MANFAAT dan FAEDAH kepada semua.



1 comment:

  1. If you're trying to lose pounds then you certainly need to start following this brand new custom keto plan.

    To produce this keto diet service, certified nutritionists, fitness trainers, and cooks have joined together to develop keto meal plans that are powerful, suitable, cost-efficient, and satisfying.

    From their grand opening in early 2019, thousands of individuals have already completely transformed their figure and well-being with the benefits a smart keto plan can provide.

    Speaking of benefits; in this link, you'll discover 8 scientifically-confirmed ones offered by the keto plan.

    ReplyDelete



ANALISA PINGAT MENGIKUT HARI KEJOHANAN MSSD TAMPIN KALI KE-46 TAHUN 2015
HARI L18 P18 L15 P15 L13 P13 L12 P12L10 P10 JUMLAH
PERTAMA 5 3 2 4 3 3 2 12 2 27
KEDUA 4 6 7 5 2 22 2 1 1 32
KETIGA 5 4 3 31 1 2 4 2 1 26
KEEMPAT 3 4 4 41 1 2 1 1 2 23
JUMLAH 17 17 16 167 7 8 8 6 6 108
80 28


ANALISA BILANGAN PENYERTAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN KALI KE-46TAHUN 2015
SEKOLAH / JANTINA SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAHJUMLAH
B18 B15 B13 B12 B10
LELAKI 150 155 82
214 169 770
PEREMPUAN 116 132 75 155134
612
JUMLAH 266 287
157 369
3031382
710 672