Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada pengurus pasukan olahraga setiap sekolah. Sila bersedia dan buatlah persiapan bagi menghadapi Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-47 bagi Tahun 2016 yang bakal berlangsung dan diadakan pada 8,9 dan 10 Mac 2016 di SMK Bukit Jalor (F), Gemencheh, Negeri Sembilan.

Di sini saya sertakan buku peraturan Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-47 bagi Tahun 2016. Sila klik di bawah untuk memuat turun buku peraturan tersebut :

Semasa kejohanan pula, hanya keputusan semasa sahaja yang akan ditampal untuk rujukan pengurus pasukan bagi mengetahui keputusan semasa. Keputusan keseluruhan kejohanan akan diemelkan kepada pengurus pasukan atau dimuat naik di laman blog ini. Ini semua sebagai langkah penjimatan.
Borang pendaftaran bagi tahun ini akan dimuat naik di bahagian pendaftaran. Semua pengurus pasukan boleh memuat turun dan mengisi borang pendaftaran yang disediakan itu dengan lengkap. Jika, borang yang tidak lengkap tidak akan diterima sebagai pendaftaran. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 26 Februari 2016. Selepas tarikh ini, sebarang pendaftaran tidak akan diterima lagi. Tempoh masa yang diberikan untuk membuat persiapan sebelum menghantar pendaftaran telah diberikan.
Mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan pada 2 Mac 2016 atau 3 Mac 2016. Setiap pengurus pasukan harus bersedia dengan panggilan ke Mesyuarat Pengurus Pasukan Kali Ke-2 untuk tujuan pembayaran yuran sumbangan pendaftaran sebanyak RM 100.00 dan penguguran acara atau atlit yang telah didaftarkan sahaja. Tiada penambahan acara atau atlit bagi pendaftaran yang telah dibuat.
Pihak Jawatankuasa Statistik tidak akan bertanggungjawab dan melayan mana-mana pengurus pasukan yang telah melanggar tempoh masa dan syarat yang telah ditetapkan.

"SUKAN UNTUK SEMUA"
No comments:
Post a Comment