Salam perpaduan, salam 1Murid 1Sukan.
Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baharu 2018. Selepas hari ini 11 Januari 2018, 11 hari KITA telah memasuki Tahun Baharu 2018.
Moga tahun ini akan menjadi tahun yang terbaik berbanding tahun-tahun sudah.
Semoga azam tahun ini dapat ditunaikan dan segala hajat KITA akan tercapai dengan izin dari-Nya. Insha-Allah, amin....
Seperti biasa KITA buka lembaran BAHARU setiap tahun dan sukan tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku. Tidak kira masalah kewangan yang KITA sendiri sedia maklum tetapi HAK Para Pelajar dan Murid tidak dapat KITA NAFIKAN.
Sudah menjadi tanggungjawab KITA sebagai GURU merancang dan melaksanakan program-program sukan untuk pelajar KITA.
Dengan itu, saya ingin memaklumkan kepada setiap GURU yang menjadi tunjang kepada sekolah tuan-tuan dan puan-puan, yang menjadi pengurus pasukan atau guru pengiring bahawa KITA akan membuka tirai KEJOHANAN di bawah penyeliaan saya dan rakan-rakan dengan menganjurkan KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2018 yang akan diadakan pada ketetapan yang berikut :
Tarikh : 23 Januari 2018 (SELASA)
Masa : 7.30 pagi sehingga selesai
Tempat : SMK Bukit Jalor (F), Gemencheh, Negeri Sembilan.
Pada tahun ini menjadi tanggungjawab SMK Bukit Jalor (F) selaku Pengelola Kejohanan Merentas Desa MSSD Tampin 2018 selepas SMK BUKIT ROKAN (F) yang menjadi pengelola kejohanan pada tahun 2017 yang lalu. Pada tahun hadapan 2019, bakal menunggu giliran adalah SMK Jelai(F). Begitulah seterusnya mengikut penggiliran menjadi pengelola.
Pada 16 Januari 2018 bertempat di Bilik Gerakan SMK Bukit Jalor (F) akan diadakan mesyuarat pengurus pasukan bagi KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2018.
Semoga KITA bertemu di sana, diharap tuan-tuan dan puan-puan dapat memandu dengan berhati-hati agar KITA sama-sama selamat pergi ke mesyuarat tersebut dan pulang ke rumah masing-masing.
Pada 18 Januari 2018 akan diadakan percubaan Trek "Try-Run" bagi sekolah-sekolah yang berminat untuk membuat latihan atau percubaan trek.
UNTUK MAKLUMAN, tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan Buku Peraturan kejohanan dan borang pengesahan kesihatan oleh ibu bapa/penjaga bagi tujuan pendaftaran peserta pada link di bawah. Hanya perlu klik dan muat turun mengikut langkah seterusnya.
Selepas, mengisi dan melengkapkan borang pendaftaran tersebut, tuan-tuan dan puan-puan hendaklah menghantar kepada Jawatankuasa Balapan dan Padang MSSD Tampin di alamat emel berikut sebelum atau pada 20 Januari 2018 jam 11.59 malam :
( olahragamssdt@gmail.com )
Jika terdapat sebarang masalah dan kesulitan, bolehlah berhubung terus dengan saya di talian 012-7416033 atau 06-4415142 atau boleh emel kepada KAMI.
Sekian, terima kasih.
😊
No comments:
Post a Comment