Sunday, 17 February 2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salam perpaduan, salam ABC.


Sudahkah, tuan-tuan dan puan-puan membuat persediaan bagi menghadapi Kejohanan Olahraga MSSD Tampin Kali Ke-50 Bagi Tahun 2019 yang akan diadakan kelak?

Seperti biasa KITA buka lembaran BAHARU setiap tahun dan sukan tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku. Tidak kira masalah kewangan yang KITA sendiri sedia maklum tetapi HAK Para Pelajar dan Murid tidak dapat KITA NAFIKAN.

Sudah menjadi tanggungjawab KITA sebagai GURU merancang dan melaksanakan program-program sukan untuk pelajar KITA.

Dengan itu, saya ingin memaklumkan kepada setiap GURU yang menjadi tunjang kepada sekolah tuan-tuan dan puan-puan, yang menjadi pengurus pasukan atau guru pengiring bahawa KITA akan membuka tirai KEJOHANAN di bawah penyeliaan dan kelolaan SMK Dato' Mohd Taha, PPD Tampin, saya dan rakan-rakan dengan menganjurkan KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD TAMPIN KALI KE-50 BAGI TAHUN2019 yang akan diadakan pada ketetapan yang berikut :


  Tarikh kejohanan    : 4 Mac 2019 (Isnin) - *Acara lari berpagar dan beberapa acara balapan dan padang yang lain.
  Tempat Kejohanan : SMK Jelai (F), Gemas, Negeri Sembilan.
  Masa Kejohanan    : 7.30 pagi – 1.30 tengah hari


  Tarikh kejohanan    : 5 hingga 7 Mac 2017 (Isnin – Rabu).
  Masa kejohanan     : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
   Tempat Kejohanan: Padang Utama, SMK Bukit Jalor, Gemencheh, Negeri Sembilan.
                                   
Pada tahun ini menjadi tanggungjawab SMK Dato' Mohd Taha selaku Wakil Pengelola Kejohanan dari ZON GEMENCHEH selepas SMK TUANKU ABDUL RAHMAN yang mewakili ZON GEMAS menjadi pengelola kejohanan pada tahun 2018 yang lalu. Pada tahun hadapan 2020, bakal menunggu giliran adalah sekolah dari ZON TAMPIN iaitu dari SMK TAMAN INDAH, TAMPIN. Begitulah seterusnya mengikut penggiliran menjadi untuk pengelola.

Pada 14 Februari 2019 (Khamis) bertempat di Bilik Gerakan SMK Dato' Mohd Taha telah diadakan Taklimat dan Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi KEJOHANAN OLAHRAGA
 MSSD TAMPIN KALI KE-50 BAGI TAHUN 2019.


UNTUK MAKLUMAN, tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan Buku Peraturan kejohanan pada link di bawah. Hanya perlu klik dan muat turun mengikut langkah seterusnya.

BUKU PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD TAMPIN 2019


ATUR CARA KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD TAMPIN 2019

PENGGUNA SISTEM 2019
PENDAFTARAN 
BALAPAN DAN PADANG 2019 dilakukan secara atas talian di laman smis.events
Sila gunakan username dan kata laluan yang telah diberikan.


  Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan sistem perisian pendaftaran di smis.events  Perisian pendaftaran yang telah dilengkapkan hendaklah dicetak, disahkan dan diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Tampin pada hari kejohanan. Setiap pengurus peserta  juga dikehendaki menyerahkan  salinan cetakan pendaftaran kad peserta berserta salinan kad pengenalan atau surat beranak yang disahkan oleh pegetua  atau guru besar sekolah dan diserahkan pada hari pertama kejohanan kepada Urusetia. Peserta hendaklah bertanding dalam kategori umur masing-masing. Sila rujuk Lampiran 1  (Rujukan Kod Pendaftaran Peserta)

Jika terdapat sebarang masalah dan kesulitan, bolehlah berhubung terus dengan saya di talian 

012-7416033 atau 06-4415142 atau boleh emel kepada KAMI.

Sekian, terima kasih.

Thursday, 17 January 2019

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2019

ALHAMDULILLAH SYUKUR KEHADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN IZIN-NYA SELESAI SUDAH KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2019.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya mewakili TENIKAL MERENTAS DESA MSSD TAMPIN dan PIHAK PEGELOLA KEJOHANAN MERENTAS DESA 2019 mengucapkan ribuan TERIMA KASIH dan KAMI memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan, kekhilafan dan keterlanjuran daripada PIHAK KAMI. Sebarang MASALAH dan KESULITAN sebelum, semasa dan selepas kejohanan amatlah kami kesali kerana semua yang baik hanya datang dari Yang Maha Pencipta. KAMI hanya mampu merancang, DIA yang menentukan. Sesungguhnya, ada HIKMAH di sebalik dan pada setiap kejadian yang berlaku. KAMI harap pada masa akan datang dapatlah apa kiranya TUAN-TUAN dan PUAN-PUAN untuk memberi kerjasama yang BAIK kepada KAMI agar KAMI dapat menjalankan, menganjurkan, mengelolakan sebarang kejohanan dengan baik.

TERIMA KASIH yang tak terhingga juga saya selaku PTPS MERENTAS DESA MSSD TAMPIN ucapkan kepada PASUKAN DAN AJK SMK JELAI (F) yang diketuai oleh Tuan Pengetua dan dibarisi oleh AJK yang hebat di bawah GPK KK, SU(EN. ABDOL RAHIM BIN AHMAD) kerana telah GIGIH, PENAT LELAH DAN KOMITED untuk menyediakan trek, merancang, mengelola dan melaksanakan kejohanan pada kali ini. Tidak dilupakan juga kepada semua PEGAWAI yang bertugas secara langsung mahupun tidak langsung.

TERIMA KASIH saya juga kepada atlit-atlit yang menyertai kejohanan pada kali ini. Kepada atlit-altit yang terpilih dan layak ke Merentas Desa MSSNS 2019 yang akan diadakan di REMBAU, NEGERI SEMBILAN pada 20 FEBRUARI 2019, semoga berjaya dan harumkan nama diri, sekolah dan daerah Tampin. Teruskan usaha anda, berlatih dengan bersungguh-sungguh dan elakkan kecederaan pada masa akan datang. Diharap semua atlit dapat bersedia dari segi MENTAL dan FIZIKAL.

Latihan Pusat Daerah akan diadakan selama dua hari dan akan dimaklumkan kemudian.


APA YANG BAIK KITA AMBIL DAN YANG KURANG BAIK ITU AKAN KITA BAIKI PADA MASA AKAN DATANG. INSYA-ALLAH

Sekian, terima kasih.




PTPS BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN 2018



BERJUMPA KITA NANTI DI SMK BUKIT JALOR (F) YANG AKANBERLANGSUNG KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD TAMPIN2019 DAN SMK DATO' MOHD TAHA SELAKU TUAN RUMAH OLAHRAGA MSSD TAMPIN 2019 NANTI. DIHARAP TUAN-TUAN, PUAN-PUAN SEBAGAI JURULATIH MAHUPUN PENGURUS PASUKAN DAPATLAH MEMBUAT PERSIAPAN AWAL BAGI MENGHADAPI KEJOHANAN BESAR KITA PADA SETIAP TAHUN INI. =) 


KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD TAMPIN YANG BAKAL MEMBUKA TIRAINYA PADA 5-8 MAC 2019 DI SMK JELAI (F) DAN SMK BUKIT JALOR (F), GEMENCHEH, NEGERI SEMBILAN.=)


DI SINI SAYA SEDIAKAN KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2019.
SILA KLIK DAN MUAT TURUN BAHAN DI BAWAH : 




KEPUTUSAN RASMI KEJ. MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2019

1. PEMENANG MD 2019 
    
    A) SEKOLAH RENDAH
        
          (i) L12
         (ii) P12

    B) SEKOLAH MENENGAH

          (i) L15                       (iii) L18
         (ii) P15                       (iv) P18

2. PENGIRAAN MATA 4 TERBAIK BERPASUKAN MD MSSDT 2019

     A) SEKOLAH RENDAH
        
          (i) L12
         (ii) P12

    B) SEKOLAH MENENGAH

          (i) L15                       (iii) L18 *
         (ii) P15                       (iv) P18

3. KEPUTUSAN KESELURUHAN MD MSSDT 2019

    A) SEKOLAH RENDAH
        
          (i) L12
         (ii) P12

    B) SEKOLAH MENENGAH

          (i) L15                       (iii) L18 *
         (ii) P15                       (iv) P18

4. PESERTA YANG LAYAK KE MD MSSNS 2019

     A) SEKOLAH RENDAH
        
          (i) L12
         (ii) P12

    B) SEKOLAH MENENGAH

          (i) L15                       (iii) L18
         (ii) P15                       (iv) P18

* ralat keputusan =)

TAHNIAH DIUCAPAKAN KEPADA SEMUA PEMENANG DAN SJKT TAMPIN YANG BERJAYA MENJADI JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN SEBANYAK 5 TAHUN BERTURUT-TURUT BAGI SEKOLAH RENDAH DAN SMK TUNKU BESAR TAMPIN JUGA MENJADI JOHAN KESELURUHAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN SEBANYAK DUA TAHUN BERTURUT-TURUT BAGI SEKOLAH MENENGAH.


SEKIAN, TERIMA KASIH.


YANG MENJALANKAN AMANAH,
PTPS OLAHRAGA DAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN

Tuesday, 8 January 2019

Peta Laluan Merentas Desa 2019


Untuk perhatian :
Suka dan sangat senang hati untuk saya ingatkan kepada semua.

Pastikan Nombor Pendaftaran peserta, nama penuh, no.kad pengenalan peserta didaftarkan dengan betul dan pada hari pertandingan peserta memakai nombor peserta dgn betul dan kemas.

Wednesday, 2 January 2019

2019

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Malaysia Baharu, Salam Merentas Desa MSSD Tampin 2019.

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya kasihi sekalian. Setakat ini masih ada lagi sekolah yang gagal untuk menghantar borang pendaftaran Merentas Desa MSSD Tampin 2019. Ada juga yang salah hantar borang, borang yang dihantar tidak lengkap, ada yang hantar borang tahun lepas 2018 sedangkan tahun ini dah lama masuk tahun baharu 2018.

TAHUKAH ANDA???

Tuan-tuan/Puan-puan telah menyebabkan :

1. Pihak statistik sukar untuk menjalankan tugas.
a) Kami perlu copy & paste borang pendaftaran yang tuan puan telah hantar ke dalam sistem statistik yang KAMI gunakan. Maka proses itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. MSSD TAMPIN mempunyai 14 buah sekolah menengah yang terdiri daripada 4 pasukan setiap sekolah dan ditambah 2 pasukan dari 39 buah sekolah rendah. Fikirlah sedalam-dalamnya dan sebaik-baiknya.



b) KAMI juga guru biasa yang ada keluarga dan ada tugas utama di sekolah. Tanpa kerjasama yang baik daripada pihak tuan dan puan, maka segala proses akan menjadi sukar dan sulit.


2. Pihak pengelola juga menjadi rumit untuk mencetak dan menyediakan sijil untuk para atlit tuan-tuan dan puan-puan. Data penyertaan amat kami perlukan untuk menyediakan sijil. Jika terlebih mencetak sijil itu sudah jadi pembaziran kepada pihak kami.


3.Perlu diingat bahawa TUGAS KAMI di sini bukan berbayar YE, sebab minta bayaran sumbangan sedikit bagi menampung KOS PENGELOLAAN juga telah menyebabkan tuan dan puan bersuara menyatakan rasa tidak puas hati.Duit yang tuan, puan keluarkan itu duit KERAJAAN juga yang bagi. Keluarkan dan belanjakan, xyah nak jimat-jimat sangat. Kalau xcukup bukan salah kami yang menjalankan aktiviti sebab ini pun atas arahan KPM, JPN dan PPD. Jadi, sila minta duit daripada MEREKA. Nak jalankan aktiviti semua kena guna DUIT.


Yang di atas tu pandai-pandailah, turunkan DUIT bajet segera agar segala kesulitan diatasi dan dapatlah KAMI di bawah jalankan tugas dan aktiviti yang menjadi HAK pelajar. KAMI hanya menjalankan tugas secara sukarela, JIKA KAMI dibayar sudah tentu RAMAI dari kalangan tuan dan puan berebut-rebut nak JOIN jadi TEKNIKAL. TAPI oleh kerana tidak berbayar, maka semua senyap dan tiada yang VOULENTEER nak jadi pegawai atau AJK di bawah KAMI.


4.Bantulah KAMI, KAMI bukan minta WANG ringgit untuk bayar tugas yang kami lakukan tapi KAMI perlukan kerjasama yang baik daripada pihak sekolah.

Oleh itu tuan dan puan sekalian boleh memuat turun segala bahan yang diperlukan pada kink di bawah yang telah saya sediakan. 

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baharu 2019. Selepas hari ini 2 Januari 2019, 2 hari KITA telah memasuki Tahun Baharu 2019.

Moga tahun ini akan menjadi tahun yang terbaik berbanding tahun-tahun sudah.

Semoga azam tahun ini dapat ditunaikan dan segala hajat KITA akan tercapai dengan izin dari-Nya. Insha-Allah, amin....

Seperti biasa KITA buka lembaran BAHARU setiap tahun dan sukan tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku. Tidak kira masalah kewangan yang KITA sendiri sedia maklum tetapi HAK Para Pelajar dan Murid tidak dapat KITA NAFIKAN.

Sudah menjadi tanggungjawab KITA sebagai GURU merancang dan melaksanakan program-program sukan untuk pelajar KITA.

Dengan itu, saya ingin memaklumkan kepada setiap GURU yang menjadi tunjang kepada sekolah tuan-tuan dan puan-puan, yang menjadi pengurus pasukan atau guru pengiring bahawa KITA akan membuka tirai KEJOHANAN di bawah penyeliaan saya dan rakan-rakan dengan menganjurkan KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2019 yang akan diadakan pada ketetapan yang berikut :


       KETETAPAN JADUAL TRIAL RUN DAN HARI PERTANDINGAN     

Tarikh  dan Hari Trial Run         :        16 Januari 2019  (Rabu)
            Masa                                              :        7.30 pagi        
            Tarikh  dan Hari Pertandingan  :        17 Januari 2019 (Khamis)
            Masa                                              :        7.30 pagi
            Tempat                                           :         SMK Jelai (F), Gemas, Negeri Sembilan.

Pada tahun ini menjadi tanggungjawab 
SMK Jelai(F) selaku Pengelola Kejohanan Merentas Desa MSSD Tampin 2019 selepas SMK Bukit Jalor (F) yang  menjadi pengelola kejohanan pada tahun 2018 yang lalu. Pada tahun hadapan 2020, bakal menunggu giliran adalah SMK BUKIT ROKAN (F) . Begitulah seterusnya mengikut penggiliran menjadi pengelola.

Pada 11 Januari 2019 (Jumaat), jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan 
 SMK Jelai(F) akan diadakan mesyuarat pengurus pasukan bagi KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD TAMPIN 2019.

** Tunggu surat daripada PPD Tampin =)

Semoga KITA bertemu di sana, diharap tuan-tuan dan puan-puan dapat memandu dengan berhati-hati agar KITA sama-sama selamat pergi ke mesyuarat tersebut dan pulang ke rumah masing-masing.

Pada 16 Januari 2019, jam 7.30 pagi akan diadakan percubaan Trek "Trial-Run" bagi sekolah-sekolah yang berminat untuk membuat latihan atau percubaan trek.


UNTUK MAKLUMAN, tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan Buku Peraturan kejohanan dan borang pengesahan kesihatan oleh ibu bapa/penjaga bagi tujuan pendaftaran peserta pada link di bawah. Hanya perlu klik dan muat turun mengikut langkah seterusnya.







* Sila pastikan tuan dan puan gunakan internet yang baik. Kalau internet YES sekolah tidak membenarkan tuan dan puan download..sila guna internet sendiri!!!

Selepas, mengisi dan melengkapkan borang pendaftaran tersebut, tuan-tuan dan puan-puan hendaklah menghantar kepada Jawatankuasa Balapan dan Padang MSSD Tampin di alamat emel berikut sebelum atau pada 12 Januari 2019 jam 11.59 malam :

( olahragamssdt@gmail.com 

Jika terdapat sebarang masalah dan kesulitan, bolehlah berhubung terus dengan saya di talian 012-7416033 atau 06-4415142 atau boleh emel kepada KAMI.

Sekian, terima kasih.

😊 Moga segala perkongsian di sini memberi MANFAAT dan FAEDAH kepada semua.





ANALISA PINGAT MENGIKUT HARI KEJOHANAN MSSD TAMPIN KALI KE-46 TAHUN 2015
HARI L18 P18 L15 P15 L13 P13 L12 P12L10 P10 JUMLAH
PERTAMA 5 3 2 4 3 3 2 12 2 27
KEDUA 4 6 7 5 2 22 2 1 1 32
KETIGA 5 4 3 31 1 2 4 2 1 26
KEEMPAT 3 4 4 41 1 2 1 1 2 23
JUMLAH 17 17 16 167 7 8 8 6 6 108
80 28


ANALISA BILANGAN PENYERTAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN KALI KE-46TAHUN 2015
SEKOLAH / JANTINA SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAHJUMLAH
B18 B15 B13 B12 B10
LELAKI 150 155 82
214 169 770
PEREMPUAN 116 132 75 155134
612
JUMLAH 266 287
157 369
3031382
710 672