Salam perpaduan, salam 1Murid 1Sukan.
Sudahkah, tuan-tuan dan puan-puan membuat persediaan bagi menghadapi Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Tampin yang akan diadakan kelak?
Seperti biasa KITA buka lembaran BAHARU setiap tahun dan sukan tetap diteruskan walau apa pun yang berlaku. Tidak kira masalah kewangan yang KITA sendiri sedia maklum tetapi HAK Para Pelajar dan Murid tidak dapat KITA NAFIKAN.
Sudah menjadi tanggungjawab KITA sebagai GURU merancang dan melaksanakan program-program sukan untuk pelajar KITA.
Dengan itu, saya ingin memaklumkan kepada setiap GURU yang menjadi tunjang kepada sekolah tuan-tuan dan puan-puan, yang menjadi pengurus pasukan atau guru pengiring bahawa KITA akan membuka tirai KEJOHANAN di bawah penyeliaan saya dan rakan-rakan dengan menganjurkan KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN 2017 yang akan diadakan pada ketetapan yang berikut :
Tarikh kejohanan : 3 Mac 2017 (Jumaat) - *Acara lari berpagar
sahaja
Pada tahun ini menjadi tanggungjawab SMK Tunku Besar Tampin(TBS) selaku Pengelola Kejohanan untuk ZON TAMPIN selepas SMK Bukit Jalor (F) yang mewakili ZON GEMENCHEH menjadi pengelola kejohanan pada tahun 2016 yang lalu. Pada tahun hadapan 2017, bakal menunggu giliran adalah sekolah dari ZON GEMAS iaitu dari SMK Tuanku Abdul Rahman (STAR). Begitulah seterusnya mengikut penggiliran menjadi untuk pengelola.
Tempat Kejohanan : SMK Jelai (F), Gemas, Negeri Sembilan.
Masa Kejohanan : 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tarikh kejohanan : 6
hingga 8 Mac 2017 (Isnin – Rabu).
Masa kejohanan : 7.30
pagi hingga 1.00 tengah hari..
Tempat Kejohanan: Padang
Utama, SMK Tunku Syed Idrus, Tampin, Negeri Sembilan.
Padang SK Tengku Zainun, Tampin, Negeri Sembilan.
Pada hari esok, 5 Januari 2016 bertempat di Bilik Gerakan SMK Tunku Besar Tampin (TBS) akan diadakan mesyuarat pengurus pasukan bagi KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN 2017.
Semoga KITA bertemu di sana, diharap tuan-tuan dan puan-puan dapat memandu dengan berhati-hati agar KITA sama-sama selamat pergi ke mesyuarat tersebut dan pulang ke rumah masing-masing.
UNTUK MAKLUMAN, tuan-tuan dan puan-puan boleh dapatkan Buku Peraturan kejohanan pada link di bawah. Hanya perlu klik dan muat turun mengikut langkah seterusnya.
BUKU PERATURAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN 2017
PENDAFTARAN BALAPAN DAN PADANG 2017 dilakukan secara atas talian di laman smis.my.
Sila gunakan username dan kata laluan yang telah diberikan.
Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan
menggunakan sistem perisian pendaftaran di smis.my. Perisian pendaftaran yang telah dilengkapkan hendaklah dicetak,
disahkan dan diserahkan kepada Jawatankuasa
Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Tampin pada hari kejohanan.
Setiap pengurus peserta juga dikehendaki menyerahkan salinan cetakan pendaftaran kad peserta berserta
salinan kad pengenalan atau surat beranak yang disahkan oleh pegetua atau guru besar sekolah dan diserahkan pada
hari pertama kejohanan kepada Urusetia.
Peserta hendaklah bertanding dalam
kategori umur masing-masing. Sila rujuk
Lampiran 1
(Rujukan Kod Pendaftaran Peserta)
Jika terdapat sebarang masalah dan kesulitan, bolehlah berhubung terus dengan saya di talian
012-7416033 atau 06-4415142 atau boleh emel kepada KAMI.
Sekian, terima kasih.
😊