PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGURUS PASUKAN OLAHRAGA :
Sila ke bahagian PENDAFTARAN untuk mendapatkan Borang Pendaftaran Kejohanan Olahraga MSSD Tampin Kali ke-47 Tahun 2016 sekarang.
Harap maaf atas sebarang kesulitan dan kelewatan Jawatankuasa Teknikal menyediakan Borang Pendaftaran dan Buku peraturan disebabkan perubahan yang drastik yang perlu dilakukan.
Sila muat turun dan lengkapkan borang pendaftaran tersebut dengan mengisi borang itu dengan format yang betul. Isikan Nama penuh mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan yang lengkap, nombor badan individu dan kod acara atlit.
Sila lengkapkan dan hantarkan kepada saya di alamat dudeckham@gmail.com
sebelum atau pada 26 Februari 2016 (Jumaat).
Wednesday, 17 February 2016
Saturday, 13 February 2016
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua guru-guru berbangsa Cina."Gong Xi Fa Cai". Hari ini merupakan hari terakhir kita bercuti sempena menyambut perayaan Tahun Baharu Cina. Esok, bermula kembali sesi persekolahan selepas 9 hari kita bercuti.
Kepada pengurus pasukan olahraga setiap sekolah. Sila bersedia dan buatlah persiapan bagi menghadapi Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-47 bagi Tahun 2016 yang bakal berlangsung dan diadakan pada 8,9 dan 10 Mac 2016 di SMK Bukit Jalor (F), Gemencheh, Negeri Sembilan.
Di sini saya sertakan buku peraturan Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke-47 bagi Tahun 2016. Sila klik di bawah untuk memuat turun buku peraturan tersebut :
Diharap, semua pengurus pasukan dapatlah memuat turun dan menyimpan buku peraturan ini sebagai rujukan untuk kejohanan kita pada tahun ini. Perkara ini dilakukan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan semua mengetahuinya.
Semasa kejohanan pula, hanya keputusan semasa sahaja yang akan ditampal untuk rujukan pengurus pasukan bagi mengetahui keputusan semasa. Keputusan keseluruhan kejohanan akan diemelkan kepada pengurus pasukan atau dimuat naik di laman blog ini. Ini semua sebagai langkah penjimatan.
Borang pendaftaran bagi tahun ini akan dimuat naik di bahagian pendaftaran. Semua pengurus pasukan boleh memuat turun dan mengisi borang pendaftaran yang disediakan itu dengan lengkap. Jika, borang yang tidak lengkap tidak akan diterima sebagai pendaftaran. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 26 Februari 2016. Selepas tarikh ini, sebarang pendaftaran tidak akan diterima lagi. Tempoh masa yang diberikan untuk membuat persiapan sebelum menghantar pendaftaran telah diberikan.
Mesyuarat pengurus pasukan akan diadakan pada 2 Mac 2016 atau 3 Mac 2016. Setiap pengurus pasukan harus bersedia dengan panggilan ke Mesyuarat Pengurus Pasukan Kali Ke-2 untuk tujuan pembayaran yuran sumbangan pendaftaran sebanyak RM 100.00 dan penguguran acara atau atlit yang telah didaftarkan sahaja. Tiada penambahan acara atau atlit bagi pendaftaran yang telah dibuat.
Pihak Jawatankuasa Statistik tidak akan bertanggungjawab dan melayan mana-mana pengurus pasukan yang telah melanggar tempoh masa dan syarat yang telah ditetapkan.
"SUKAN UNTUK SEMUA"
Subscribe to:
Posts (Atom)
ANALISA PINGAT MENGIKUT HARI KEJOHANAN MSSD TAMPIN KALI KE-46 TAHUN 2015 | |||||||||||
HARI | L18 | P18 | L15 | P15 | L13 | P13 | L12 | P12 | L10 | P10 | JUMLAH |
PERTAMA | 5 | 3 | 2 | 4 | 3 | 3 | 2 | 1 | 2 | 2 | 27 |
KEDUA | 4 | 6 | 7 | 5 | 2 | 2 | 2 | 2 | 1 | 1 | 32 |
KETIGA | 5 | 4 | 3 | 3 | 1 | 1 | 2 | 4 | 2 | 1 | 26 |
KEEMPAT | 3 | 4 | 4 | 4 | 1 | 1 | 2 | 1 | 1 | 2 | 23 |
JUMLAH | 17 | 17 | 16 | 16 | 7 | 7 | 8 | 8 | 6 | 6 | 108 |
80 | 28 |
ANALISA BILANGAN PENYERTAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN KALI KE-46TAHUN 2015 | ||||||
SEKOLAH / JANTINA | SEKOLAH MENENGAH | SEKOLAH RENDAH | JUMLAH | |||
B18 | B15 | B13 | B12 | B10 | ||
LELAKI | 150 | 155 | 82 | 214 | 169 | 770 |
PEREMPUAN | 116 | 132 | 75 | 155 | 134 | 612 |
JUMLAH | 266 | 287 | 157 | 369 | 303 | 1382 |
710 | 672 |