Friday 11 March 2016


     


  
SELESAI SUDAH...SMK BUKIT JALOR TELAH 

MELABUHKAN TIRAI KEJOHANAN PADA TAHUN INI.

Assalamalaikum dan salam sejahtera serta salam sukan untuk semua.

ALHAMDULILLAH....

Bersyukur kita kerana Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Tampin Kali Ke-47 Tahun 2016 yang berlangsung di SMK Bukit Jalor (F) dapat diadakan dengan jayanya. Pihak Jawatankuasa Teknikal mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengelola atas kejayaan menganjurkan kejohanan ini.

Sekalung ucapan terima kasih dan tahniah kepada pihak pengelola yang bertungkus-lumus menyediakan persiapan yang terbaik baik daripada segi penyediaan padang, kemudahan lain dan kerjasama yang terbaik. Tidak lupa juga saya mengucapakan terima kasih kepada pihak pentadbir  SMK Jelai (F) kerana berkerjasama meminjamkan peralatan dari sekolah tuan bagi menjayakan kejohanan pada tahun ini. 

Pihak Jawatankuasa Teknikal Balapan dan Padang MSSD Tampin 2016 juga ingin merakamkan ribuan terima kasih juga kepada pihak PPD, terutama sekali Tuan Haji Hamzah bin Abu kerana sudi merasmiskan masjlis penutup. Tidak lupa juga kepada En. Ismail bin Sabtu yang bertungkus lumus menyediakan medal untuk para pemenang. Kepada pihak tuan rumah sebagai pengelola pada tahun ini, En. Affendy bin Mohd Noor selaku Pengetua SMK Bukit Jalor(F) dengan dibantu oleh AJK yang bertugas ribuan terima kasih atas kejayaan penganjuran Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Tampin Kali Ke-47 pada kali ini. Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang bertugas kerana dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Tanpa bantuan dan sokongan daripada anda semua, kejohanan ini tidak akan dapat dijalankan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung, mahupun tidak langsung.
PERINGATAN KEPADA PENGURUS PASUKAN YANG ATLIT DARI SEKOLAH TUAN PUAN YANG TELAH BERJAYA MEMENANGI TEMPAT PERTAMA DAN KEDUA SETERUSNYA TERPILIH UNTUK MEWAKILI DAERAH TAMPIN KE KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSNS 2016 YANG AKAN DIADAKAN PADA KETETAPAN YANG BERIKUT :

Tarikh    : 04 APRIL 2016 (ISNIN)
Masa     : 8.30 PAGI

Tempat : SMK JELAI (F ),GEMAS
Acara  Baling tukul besi dan lompat bergalah                  
* dijalankan pada sehari sebelum Kejohanan Balapan Dan Padang MSSNS.


KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSNS 2016

TARIKH          : 5 HINGGA 8 APRIL 2016
TEMPAT         : SMK ZA'BA, KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN.
PENGELOLA   : SMK UNDANG REMBAU, REMBAU, NEGERI SEMBILAN.

TARIKH AKHIR PENDAFTARAN IALAH PADA 31 MAC 2016.

MAKA, setiap pengurus pasukan perlu mengambil tindakan yang berikut :

1. Sila sahkan bahawa atlet tuan puan hendak menyertai kejohanan MSSNS yang akan datang kepada PT Daerah Tampin selewat-lewatnya 28 MAC 2016 kerana pihak kami di bahagian teknikal akan mengadakan mesyuarat pemilihan dan pendaftaran atlit yang akan diadakan di SMK Bukit Jalor(F) pada 23 MAC 2016 (Rabu).

2. Sila sediakan borang R01 atau M01 dalam hard copy dan soft copy diemelkan terus kepada saya (dudeckham@gmail.com). Borang ini hendaklah bertaip dan bergambar (scan dan print terus). Cop guru besar atau pengetua atau bagi pihak diperlukan dan bukannya cop sekolah yang bulat itu.

3. Salinan surat beranak atau kad pengenalan yang telah disahkan oleh pentadbir sekolah masing-masing.

4.  Jika terdapat sebarang maklumat lanjut dan sebarang perubahan. Saya akan maklumkan di dalam blog ini. Penyelia Sukan PPD Tampin, En. Ismail bin Sabtu akan mengeluarkan surat panggilan ke Latihan Pusat bagi pasukan Olahraga Daerah Tampin yang akan diadakan di SMK Bukit Jalor (F).

HARAPAN SAYA AGAR SEMUA PENGURUS PASUKAN DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA. 

Selamat bercuti kepada semua. Gunakan peluang cuti sekolah ini bersama-sama keluarga. Sesi persekolahan akan bermula kembali selepas 9 hari kita bercuti iaitu pada 20 Mac 2016.

Kepada pengurus pasukan olahraga setiap sekolah yang atlitnya terpilih mewakili Daerah Tampin. Sila bersedia dan buatlah persiapan bagi menghadapi Kejohanan Balapan dan Padang MSSNS Kali ke-66 bagi Tahun 2016 yang bakal berlangsung dan diadakan pada 4 hingga 7 April 2016 di SMK Za'Ba,Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

*untuk maklumat lanjut sila ke bahagian MSSNS

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-47 TAHUN 2016

* SILA MUAT TURUN DI BAHAGIAN KEPUTUSAN RASMI UNTUK MENGETAHUINYA.

*TERIMA KASIH

***************************************************************************************************
DEMAM EURO 2016, BAHANGNYA SEMAKIN TERASA.
OLIMPIK RIO 2016 JUGA SEMAKIN DIRASAI.

ROAD TO SMK TUNKU BESAR TAMPIN 2017.

Mudah-mudahan ekonomi dunia dan negara semakin pulih. Kita akan kembali seperti biasa.
Bendera Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Tampin Kali Ke-47 telah diturunkan oleh SMK Bukit Jalor(F) dan secara rasminya telah diserahkan kepada Pengetua SMK Tunku Besar Tampin (TBS Menengah).

Maka, pada tahun hadapan Kejohanan Balapan dan Padang akan kembali ke Zon Tampin selepas SMK Tunku Syed Idrus menjadi tuan rumah dan pengelola pada tahun 2014. SMK TBS perlu membuat persiapan dari sekarang bagi menghadapi kejohanan pada tahun hadapan. 

Jawatankuasa Teknikal Balapan dan Padang MSSD Tampin akan bersiap sedia membantu pihak pengelola bagi menjayakan temasya sukan yang berprestij ini.


ANALISA PINGAT MENGIKUT HARI KEJOHANAN MSSD TAMPIN KALI KE-46 TAHUN 2015
HARI L18 P18 L15 P15 L13 P13 L12 P12L10 P10 JUMLAH
PERTAMA 5 3 2 4 3 3 2 12 2 27
KEDUA 4 6 7 5 2 22 2 1 1 32
KETIGA 5 4 3 31 1 2 4 2 1 26
KEEMPAT 3 4 4 41 1 2 1 1 2 23
JUMLAH 17 17 16 167 7 8 8 6 6 108
80 28


ANALISA BILANGAN PENYERTAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN KALI KE-46TAHUN 2015
SEKOLAH / JANTINA SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAHJUMLAH
B18 B15 B13 B12 B10
LELAKI 150 155 82
214 169 770
PEREMPUAN 116 132 75 155134
612
JUMLAH 266 287
157 369
3031382
710 672