Tuesday 26 January 2016

ALHAMDULILLAH....

Bersyukur kita kerana  Kejohanan Merentas Desa MSSD Tampin Tahun 2016 yang berlangsung di SMK Jelai (F) dapat diadakan dengan jayanya. Pihak Jawatankuasa Teknikal mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengelola atas kejayaan menganjurkan kejohanan ini.

Pihak Jawatankuasa Teknikal Balapan dan Padang MSSD Tampin 2016 juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak PPD, terutama sekali Tuan Haji Hamzah bin Abu kerana sudi merasmiskan masjlis penutup. Tidak lupa juga kepada En. Ismail bin Sabtu yang bertungkus lumus menyediakan medal untuk para pemenang. Kepada pihak tuan rumah sebagai pengelola pada tahun ini, YM Raja Azhar selaku Pengetua SMK Jelai (F) dengan dibantu oleh AJK yang bertugas ribuan terima kasih atas kejayaan penganjuran merentas desa pada kali ini. Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pegawai-pegawai yang bertugas kerana dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Tanpa bantuan dan sokongan daripada anda semua, kejohanan ini tidak akan dapat dijalankan dengan jayanya. Terima kasi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung, mahupun tidak langsung.

PERINGATA KEPADA PENGURUS PASUKAN YANG ATLET DARI SEKOLAH TUAN PUAN YANG TELAH BERJAYA MEMENANGI TEMPAT PERTAMA HINGGA KEENAM DAN SETERUSNYA TERPILIH UNTUK MEWAKILI DAERAH TAMPIN KE KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSNS 2016.

TARIKH KEJOHANAN PADA 3 FEB 2016. 
TRIAL RUN AKAN DIADAKAN PADA 2 FEB 2016.
TARIKH AKHIR PENDAFTARAN IALAH PADA 28 JAN 2016.

Tempat : Prima Land, Port Dickson.

MAKA, setiap pengurus pasukan perlu mengambil tindakan yang berikut :

1. Sila sahkan bahawa atlet tuan puan hendak menyertai kejohanan MSSNS yang akan datang kepada PT Daerah Tampin selewat-lewatnya 28 JAN 2016 pada petang mesyuarat pengurus pasukan untuk kejohanan balapan dan padang MSSD Tampin 2016 yang akan diadakan di SMK Bukit Jalor.

2. Sila sediakan borang R01 atau M01 dalam hard copy dan soft copy diemelkan terus kepada saya (dudeckham@gmail.com). Borang ini hendaklah bertaip dan bergambar (scan dan print terus). Cop guru besar atau pengetua atau bagi pihak diperlukan dan bukannya cop sekolah yang bulat itu.

3. Salinan surat beranak atau kad pengenalan yang disahkan.

4. Sila download borang pengesahan kesihatan doktor atau ibu bapa di bawah. Borang ini, hendaklah dilengkapkan dan disahkan. Kemudian diserahkan kepada saya PT BDP Tampin pada 28 Jan 2016, pada Mesyuarat pengurus pasukan di SMK Bukit Jalor.

*Jika terdapat sebarang maklumat lanjut dan sebarang perubahan. Saya akan maklumkan dalam mesyuarat yang akan datang iaitu pada 28 Jan 2016.

HARAPAN SAYA AGAR SEMUA PENGURUS PASUKAN DAPAT MENGAMBIL TINDAKAN YANG SEWAJARNYA. 



***********************************************************************

TAHNIAH DAN SYABAS !!!

Saya mewakili semua pihak ingin mengucapkan "Tahniah dan Syabas" kepada semua pemenang pada Kejohanan Merentas Desa MSSD Tampin 2016. Kepada yang tidak berjaya, masih ada peluang untuk terus berjuang dan mencuba pada tahun-tahun yang akan datang. Berlatihlah bersungguh-sungguh, tanamkan azam dan impian untuk menjadi seorang atlet yang berjaya yang boleh mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri, dan negara.

Kepada semua pemenang yang terpilih untuk mewakili daerah Tampin ke peringkat Negeri Sembilan bersipa sedia untuk berjuang dan berlatihlah dengan bersungguh-sungguh. Jaga keselamatan  dan kesihatan diri. Kita akan meneruskan cabaran dan perjuangan diperingkat yang lebih tinggi. Buatlah yang terbaik untuk DIRI SENDIRI. Semoga berjaya!!!

Tuesday 5 January 2016

Assalamualaikum dan selamat kembali ke sekolah.
Program sukan bagi tahun 2016 diteruskan lagi dengan Kejohanan Merentas Desa yang akan membuka tirai kejohanan pada :

26 Januari 2016 (Selasa), bertempat di SMK Jelai (F) selaku Pengelola untuk kejohanan pada tahun ini. Sebagai langkah seterusnya, mesyuarat dan taklimat pengurus-pengurus pasukan setiap sekolah akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 8 Januari 2016 (Jumaat)
Masa   : 2.30 petang
Tempat : SMK Jelai (F), Gemas, Negeri Sembilan.

Diharap semua pengurus pasukan dari sekolah rendah dan menengah dapat menghadirkan diri ke mesyuarat dan taklimat ini. Untuk sebarang maklumat lanjut, pengurus pasukan boleh terus menghubungi PTPS Balapan dan Padang 2016.

Di sini disertakan juga :
1 ) Peraturan Kejohanan Merentas Desa 2016 untuk rujukan tuan-tuan dan puan-puan.
     <<PERATURAN MERENTAS DESA>>
2 ) Borang pendaftaran peserta merentas desa boleh didapati di bahagian "PENDAFTARAN" blog ini.

=====================================================================
PERINGATAN :

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE-47 TAHUN 2016

Tarikh : 7 hingga 11 Mac 2016
Masa   : 7.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : SMK Bukit Jalor, Gemencheh, Negeri Sembilan.

*SMK Bukit Jalor sebagai pengelola bagi kejohanan ini.

Kepada pengurus-pengurus pasukan sekolah sila ambil perhatian dan tindakan.
Mesyuarat untuk pengurus-pengurus pasukan akan diadakan nanti.
Pengurus pasukan boleh mendapatkan borang pendaftaran di bahagian PENDAFTRAN, untuk proses persediaan awal.



========================================================================
UNTUK PERHATIAN :

**Kepada yang berminat atau ingin mencalonkan pegawai untuk kejohanan yang bakal diadakan, sila hubungi atau mesej saya, PTPS Balapan dan Padang 2016 di talian 012-7416033.




ANALISA PINGAT MENGIKUT HARI KEJOHANAN MSSD TAMPIN KALI KE-46 TAHUN 2015
HARI L18 P18 L15 P15 L13 P13 L12 P12L10 P10 JUMLAH
PERTAMA 5 3 2 4 3 3 2 12 2 27
KEDUA 4 6 7 5 2 22 2 1 1 32
KETIGA 5 4 3 31 1 2 4 2 1 26
KEEMPAT 3 4 4 41 1 2 1 1 2 23
JUMLAH 17 17 16 167 7 8 8 6 6 108
80 28


ANALISA BILANGAN PENYERTAAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD TAMPIN KALI KE-46TAHUN 2015
SEKOLAH / JANTINA SEKOLAH MENENGAH SEKOLAH RENDAHJUMLAH
B18 B15 B13 B12 B10
LELAKI 150 155 82
214 169 770
PEREMPUAN 116 132 75 155134
612
JUMLAH 266 287
157 369
3031382
710 672